" BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. Ya Allah, Kau ampunilah dosa2 Ku, dosa2 Suami ku, dosa2 anak2 ku, dosa2 kedua ibubapa ku,
dosa2 kedua ibubapa mertua ku, adik beradik ku, ipar duai ku dan seluruh ahli
keluarga ku yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Juga dosa2 saudara
mara seislam ku..

Kau murahkanlah rezeki kami sekeluarga dan peliharalah kami dari azab api neraka Mu...aaammmiiinnn..."


Rabu, 21 Januari 2015

DAMPING MALAM

   Perjalanan hidup setiap orang adalah berbeza-beza. Ada yang kehidupannya sempurna, indah, bahagia. Ada juga yang dalam keadaan yang sengsara, kecewa dan merana. Untuk melalui ketikanya bahagia dan gembira kita akan merasa keselesaan. Tetapi, melalui waktu sengsara dan kecewa terasa dunia ini sepi dan kosong. Sentiasa rasa sedih dan pilu. Pada waktu ini, datang pula kata2 yang negatif yang mengunsurkan kita bertambah kecewa.
   Pengalaman saya sendiri,apabila dugaan datang tanpa diundang. Kehilangan kerjaya dan juga sumber pendapatan tetap. Hanya Allah saja yang tahu. Setiap hari saya meratap sedih. Menyesali apa yang terjadi. Dan ada ketikanya saya menyalahkan takdir. Mempersoalkan ketentuan Allah. Allahuakhbar.. Betapa saya merasakan jiwa yang kosong dan mudah dijangkiti unsur negatif.
   Nasib saya tidak seteruk orang lain diluar sana. Sebelum itu, saya memang sudah berjinak2 dengan menjual produk SHAKLEE. Meskipun pendapatannya tidak seperti gaji bulanan yang saya dapat. Tetapi masih lagi ada pendapatan untuk membantu suami. Alhamdulillah, kini setiap bulan pendapatan yang saya terima daripada hasil jualan produk SHAKLEE sentiasa meningkat. Dari 2 angka, kepada 3 angka dan juga kepada 4 angka!! Siapa sangka,kan?
   Bila dilanda masalah, dimana Bos melarikan diri. Sewa kilang & pejabat tidak dibayar, segala bil utilities juga bertunggak2, malah pemiutang datang meminta hutang mereka juga menghubungi saya, menjadikan saya lebih kuat dan cekal. Lagi menyedihkan, tunggakkan gaji juga tidak dibayar malah BOS mendiamkan & melarikan diri.
   Rezeki Allah itu luas. Allah berikan ujian kepada kita untuk kita terus bersama-Nya selalu. Malam2 indah saya yang dulu diulit mimpi, kini saya isikan dengan MENDAMPINGI ALLAH. MENGALUNKAN setiap bait2 Ayat2 Al-Quran-Nya. Mengadu dan menangis hanya pada-Nya. Ya, perkara yang harus kita lakukan adalah BACK TO BASIC. Allah melayani dan menyayangi kita dalam pelbagai bentuk dan cara.
   Alhamdulillah, kehidupan saya lebih terancang kini. Lebih tenang dan lebih gembira dari sebelumnya. Malah, Allah gantikan kesedihan saya yang dulu dengan kegembiraan yang lain pula. "PUTERI" in her way. Terima Kasih Allah. Setiap ujian-Mu adalah cubitan MANJA untuk aku hamba-Mu mengingati-Mu selalu.
   DAMPINGILAH MALAM2 kita untuk Allah. In Shaa Allah, ganjaran yang diluar dugaan kita akan Allah balas dengan 1001 cara dan juga kegembiraan serta kelapangan.

▶ Berminat untuk menjana pendapatan sampingan mahupun tetap. Mari sertai saya. Saya sudah dan saya ingin berkongsikan dengan anda semua. Semua orang boleh berjaya bila kita berusaha. Saya akan bantu anda sehingga anda juga berjaya. GROUP JUTAWAN saya sentiasa akan memberikan inspirasi dan juga info2 untuk kita terus maju dan berjaya.
▶ Hubungi saya melalui panggilan talipon/sms/wassap ke 013.232.2828. In Shaa Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan