" BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. Ya Allah, Kau ampunilah dosa2 Ku, dosa2 Suami ku, dosa2 anak2 ku, dosa2 kedua ibubapa ku,
dosa2 kedua ibubapa mertua ku, adik beradik ku, ipar duai ku dan seluruh ahli
keluarga ku yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Juga dosa2 saudara
mara seislam ku..

Kau murahkanlah rezeki kami sekeluarga dan peliharalah kami dari azab api neraka Mu...aaammmiiinnn..."


Rabu, 31 Disember 2014

Selamat Datang Tahun 2015

Coretan ini adalah ketika awal tahun baru 2015
 
Jam baru sahaja menunjukkan 12:21 pagi 1/1/2015
 
Ya Allah, melangkah lagi ke tahun baru. Semoga tahun baru ini akan memberikan sinar harapan baru buat kami sekeluarga. Dan semoga Allah limpahkan rahmat kepada kami serta ditambahkan rezeki serta sentiasa berada dibawah RAHMAT yang MAHA ESA.
 
Selamat tahun baru saya ucapkan. Semoga bisnes saya bersama SHAKLEE juga terus berkembang maju dan berjaya. Berminat untuk sama2 berjaya bersama saya, bolehlah Wassap/PM saya ditalian yang tertera.
 
 
 
Semoga Allah merahmati kita semua..aammiiinnn..

Isnin, 29 Disember 2014

NASI TOMATO MEALSHAKE

Resepi Nasi Tomato MEALSHAKE

3 cawan beras Basmathi
5 cawan air
1 cawan MEALSHAKE (Sesudu kecil + air)
...

2 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
2 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang

1 biji bawang besar (sederhana)*
3 ulas bawang Putih*
1/2 inci halia*
1 biji tomato (saiz besar)*
* dikisar halus

1 sudu besar unsalted marjerin
1 sudu besar minyak masak
Garam
Daun pandan

Cara memasak

Panaskan minyak dan juga marjerin sehingga cair. Bila dah cair dan panas, masukkan rempah 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga & kayu manis). Biarkan sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan bahan2 kisar. Tumis sehingga wangi.

Setelah naik bau, masukkan beras Basmathi. Gaul rata dan masukkan air serta bancuhan MEALSHAKE perlahan-lahan. Kacau rata dan perasakan dengan garam sedikit. Masukkan juga daun pandan untuk aroma yang enak.

Kemudian, pindahkan periuk ke dalam pemanas periuk nasi elektrik. Biarkan sehingga nasi tanak dan masak.

Hidangkan ketika panas bersama dengan AYAM MASAK MERAH, COLESLAW, HIRISAN TIMUN dan juga TOMATO.

Selamat mencuba..
 
 

 

 

Rabu, 17 Disember 2014

PENAWAR KEPADA HB RENDAH KETIKA HAMIL

IBU HAMIL & HB RENDAH

   Fitrah kehidupan manusia, setiap yang hidup dan juga bernyawa akan berpasang - pasangan. Setiap pasangan inginkan kehidupan yang normal dan juga bahagia bersama pasangan dalam apa juga keadaan. Malah, dengan hubungan yang terjalin secara sah, setiap pasangan menginginkan cahaya mata dalam alam rumahtangga mereka. Anak itu pelengkap institusi kekeluargaan.
   Gembira bukan kepalang tatkala doktor mengesahkan akan kehadiran ahli baru dalam keluarga. Seperti ingin dilaungkan kepada semua yang anda akan menjadi seorang ibu dan ayah tidak lama lagi. Tapi, dalam keghairahan anda mendengar khabar berita, tercalarkah minda kita dengan sedikit musibah yang datang?
   Gembira boleh mengundang duka. Jangan biarkan ini berlaku. Masalah HB RENDAH SEMASA HAMIL adalah lumrah dalam tempoh waktu itu. Mungkin anda tidak terfikir yang masalah ini tidak merbahaya. Jika tidak merbahaya, kenapa doktor @ bidan akan menandakan buku lawatan kita ke klinik dgn tanda merah?
   Jangan diambil enteng perihal ini. Risiko HB RENDAH SEMASA HAMIL amat berbahaya. Antaranya adalah :-
1) Kelesuan
2) Kelahiran bayi pra - matang
3) Keguguran
4) Risiko kematian ibu dan bayi
 Semuanya ketentuan Allah, tapi mencegah lebih baik dari mengubati. Ada juga kandungan pertama kali tiada masalah, tapi kandungan seterusnya ada masalah ini. Obimin yang dibekalkan juga tidak mencukupi utk menampung keperluan ibu dan bayi di dalam kandungan akibat dari kekerapan hamil dan juga faktor usia. Malah, jarak kandungan sebelum dan berikutnya yang hampir juga boleh menyebabkan berlakunya masalah HB RENDAH ini.



   Jangan letakkan diri anda ditempat yg berisiko. Jom dapatkan makanan tambahan untuk mengatasi masalah yang anda tanggung itu. Sehari diambil sebiji sudah pun memadai. Saya bukannya seorang doktor, tapi vitamin tambahan ini adalah salah satu daripada ikhtiar kita demi untuk kesihatan. 
   Vitamin VITALEA ini selamat, semulajadi dan juga berkesan. Hubungi saya untuk maklumat lanjut. PM/WASSAP ~ 013.232.2828 ~ @ FB :- Intan Baizura Abdul Rahman. konsultasi percuma dan terbaik akan diberikan..Anda tanya, saya jawab..
 
 







   

Khamis, 6 November 2014

PEKAK SEBAB ASMA!! BERWASPADALAH

   Ibu mana yang tidak sedih anak yang dikandungkan memgidap penyakit yang kronik. Kronik sangat ke penyakit asma anak saya sehingga saya katakan begitu? Memang kronik ye rakan taulan. Pada awal kelahiran memang tak ada pun tanda anak saya mengidap penyakit itu. Sehinggalah pada usia anak saya 6 bulan, doktor memgesahkan anak saya ada asma.
   Sejak itu, bermulalah kehidupan kami yang berulang alik ke klinik mahupun hospital. Cuti tahunan dan sakit habis belum pun sempat sampai ke hujung tahun. Lama juga berlarutan. Inhaler, euro chamber peneman setia anak. 
  Pada suatu hari, pengasuh anak saya memgatakan ada yang tidak kena dengan Wafy. Keadaan Wafy amat teruk pada hari itu meskipun dia nampak aktif. Balik rumah, saya yerus berikan Wafy syrup ventolin. Setelah setengah jam, Wafy nampak ok.
   Selepas makan malam, Wafy lena dek kerana kesan ubat. Kebetulan ada kawan yang datang ke rumah pada malam tu. Ralit menyembang, jam menunjukkan 2:30 pagi. Sebelum masuk tidur, saya menjengah Wafy di biliknya. Alanglah terperanjatnya saya bila temgak badan Wafy sudah pun kebiruan dan juga menggigil.
   Dengan pantas, suami mengendong Wafy dan masukkan Wafy ke dalam kereta. Saya bergegas packing kain baju Wafy. Tiba di hospital XXX, doktor minta saya bawa Wafy pulang dan datang kembali hari Isnin berjumpa dgn pakar ENT. Kebingungan dan kerisauan memuncak. Berbagai soalan dibenak fikiran.
   Tiba dirumah, mata tidak dapat dilelapkan. Bimbang sekiranya terjadi apa2 pada Wafy. Setelah berbincang dengan suami, awal pagi sabtu itu saya bersiap dan bawak Wafy ke Hospital YYY (swasta). Surat yang doktor dari hospital XXX saya buka dan berikan kepada doktor Hospital YYY. Alangkah terperanjatnya doktor di Hospital YYY membaca surat itu yang menunjukkan betapa kroniknya Wafy pada saat itu.
   Wafy dimasukkan ke wad. Paru2 Wafy telah penuh dengan lendiran dan juga jangkitan. Malah anak bertuah saya juga telah pekak dan disetiap muka Wafy sudah dipenuhi dengan lendir. Setelah paru2 Wafy bersih dari lendiran dan jangkitan, Doktor ENT pula memgambil alih dengan memasang "VALVE" ditelinga Wafy dan juga me"laser" lendiran disuruh muka serta membuang tonsil Wafy yang terkena jangkitan dan tidak lagi mahu kecut.
   Penyakit asma ini, nampak tidak bahaya tetapi jika dibiarkan akan memakan diri. Cerita itu tidak habis di sini, asma Wafy masih juga tidak surut. Berbagai usaha saya cuba. Bagi makan hati unta, minyak habbatussauda, madu dan lain2. Tapi, Wafy masih lagi menjadi pesakit yang setia ke klinik untuk mendapatkan NEBULIZER bila INHALER tak berkesan lagi. 3 minggu sekali, Wafy akan mengunjungi klinik.

Inilah rutin Wafy yang dulu.

   Akhirnya saya cuba berikan Wafy OMEGA GUARD dari SHAKLEE. Alhamdulillah bersyukur sangat saya pada Allah. Sejak Wafy mengambil OMEGA GUARD ini dari bulan March aritu, tiada lagi serangan asma Wafy. Malah, nak kena demam dan selsama juga amat sukar sekali. Pelajaran Wafy juga meningkat. Daya ingatan Wafy juga menampakkan perubahan.
   Disamping itu saya juga berikan Wafy vitamin yang lain supaya Wafy terus sihat dan bebas dari sebarang Ubat2an yang kita sendiri tahu dan maklum ianya ada kesan sampingan. 


Minyak Ikan Shaklee adalah daripada laut sejuk yang berada di Negara Jepun.

Khasiat yang terdapat didalam setiap sajian MEAL SHAKE ini tidak terdapat dalam mana2 minuman kesihatan untuk anak2. 

   Ini Perkongsian awal saya dengan Vitamin tambahan untuk anak Sulung saya. Akan saya kongsikan pengalaman anak kedua saya pula.

   Jika anda berminat dan ingin mencuba vitamin tambahan ini buat anak2 anda, bolehla ringankan jari jemari untuk PM/WASSAP saya di nombor 013.232.2828 atau FB saya Intan Baizura Abdul Rahman. In Shaa Allah, konsultasi terbaik akan saya berikan.

CECAIR AJAIB - BASIC H

BASIC - H SHAKLEE

   Pada mulanya saya agak ragu2 juga dengan keberkesanan BASIC - H ni. Yela, boleh buat mop lantai,buat cuci bilik air, buat lap table top dapur. Dalam masa yang sama bley plak buat jerlum anak yang demam, mandikan anak yang ada masalah gatal kulit.
   Saya ni, jenis orang kalau dengar orang cerita mulalah nak DIY sendiri. Nak memcuba juga. Betul ke seperti apa yang orang kata. Suami pon tak kurang xcitednya nak mencuba. Setiap kali pergi beli barang2 orang order, mesti suami soh amik BASIC - H ni. Tapi, hati belom terbuka lagi nak mencuba.
   Tanpa pengetahuan saya, suami pergi ke branch Shaklee di KL dan beli sebotol BASIC - H ni. Balik dari kerja, suami hulurkan pada saya. Suami cakap, mari kita tengok kehebatan BASIC - H ni.
   Pada permulaan, saya cuba mop lantai dengan BASIC - H ni. Memang tak percaya pada mulanya, tapi bila dah nampak sendiri barulah saya cakap " AJIBNYA CECAIR" ini. Lantai rumah yang di mop dengan BASIC - H nyata lebih bersih dan berkilat cantik. Malah tidak licin dan amat selesa kaki memijaknya.

Inilah pertama kali DIY saya dengan BASIC - H. 

   Untuk pengetahuan anda semua lantai yang saya ambil gambar itu, setelah kering tau. Bukannya basah. Menakjubkan kan? Almaklumla saya ada anak yang masih kecil. Mereka pula suka makan dan minum kat ruang keluarga diatas semasa tengok movie di komputer.
   Untuk mengelakkan semut dan pepijat, saya gunakan BASIC - H ni. Disamping itu, saya juga ada anak yang berpenyakit asma. Pepaham sajalah kalau ada anak yang menghidap menyakit itu, mereka amat sensitif dengan habuk dan juga pengudaraan yag tidak sihat.
   Itu saja perkongsian saya utk kali ini. Lain kali saya kongsikan lagi beberapa DIY yang saya biat sendiri dengan memggunakan "CECAIR AJAIB" ni.
   Kalau ada yang berminat, bolehla PM/WASSAP saya di nombor 013.232.2828. Konsultasi terbaik akan saya berikan. In Shaa Allah. 

Selasa, 28 Oktober 2014

SEGALANYA BERMULA DISINI

SALAM PERKENALAN...

Ini bukanlah blog pertama saya, akan tetapi bi blog ini adalah untuk saya kongsikan dengan anda dimana bermulanya saya "JATUH CINTA" dengan vitamin yang menjadi kesayangan saya kini.

Alhamdulillah, sudah lebih 6 bulan saya mengenali dan semakin hari semakin saya menyayangi Vitamin ini. Banyak benefit yang saya dapat degan mengamalkan Vitamin ini sekarang. Dan yang paling penting kehidupan semakin berubah dari segi kesihatan dan juga keyakinan diri.

Saya INTAN BAIZURA ABDUL RAHMAN ( name di  FB) adalah seorang SID SHAKLEE 1114589 yang sedang berusaha untuk menjadi seorang JUTAWAN yang sihat dan berinovatif disamping membantu masyarakat diluar sana.

Salam perkenalan dari saya..Jom ikuti perjalanan saya bersama dengan SHAKLEE..