" BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. Ya Allah, Kau ampunilah dosa2 Ku, dosa2 Suami ku, dosa2 anak2 ku, dosa2 kedua ibubapa ku,
dosa2 kedua ibubapa mertua ku, adik beradik ku, ipar duai ku dan seluruh ahli
keluarga ku yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Juga dosa2 saudara
mara seislam ku..

Kau murahkanlah rezeki kami sekeluarga dan peliharalah kami dari azab api neraka Mu...aaammmiiinnn..."


Rabu, 2 September 2015

SAYA NAK HAMIL

Ya Allah..entry kali ni, saya nak bantu kengkawan yang diluar sana..yang dah kawen lama tapi masih lagi belum dikurniakan cahayamata. Ye..benar, anak itu rezeki daripada Allah..tapi kita tak boleh duduk diam je tanpa berusaha.

Kawan2 nak tahu tak?? Saya juga adalah salah seorang dikalangan kawan2 yang TIDAK MUDAH untuk hamil. Sebelum mengandungkan EIqbal (anak No.2), saya dah 2 kali kehilangan.. Kenapa saya tak kongsikan?? Sebab saya tak nak kenang perkara yang sedih. Bukannya tak menghargai, tapi tak elok rasanya jika saya asyik kenangkan benda yang sedih. Kalau nak tahu mak angkat saya adalah bidan kampung. Umurnya pada waktu itu, 5 tahun yang lepas 76 tahun..tapi masih lagi gagah dan kuat. Beliaulah yang menjaga saya sehingga saya berjaya mendapatkan Eiqbal.

Masa sebelum Eiqbal, Mak tok (panggilan utk beliau) kalau ade, adela rezeki ko sebab macam tak kuat, Mak dah tolong naikkan. Tapi selepas 2 minggu, saya uzur macam biasa. Oklah, tak nak cite pasal tu dah. Rentetan dari situ, saya tahu yang saya ade masalah dengan dalaman saya. Setelah berjaya mengandungkan Eiqbal, berusaha pula nak dapatkan Putery. Yela, hati mana yang tidak meronta2..Suami nak sangat anak perempuan. Dalam hati takut tau, kalau2 Cik Abang buat hal dengan pompuan lain demi untuk mendapatkan anak perempuan. Manelah tahu..

Alhamdulillah, Hajat dihati amalkan ESP adalah untuk kuruskan badan sebab salah satu punca SUKAR untuk hamil juga dipengaruhi oleh berat yang berlebihan. Saya amalkan ESP masa tahun 2013 semasa ESP ade promosi. Tetiba, selepas raya tahun lepas, saya tak datang bulan. Saya ingatkan biasa je. sebab, saya juga ada masalah period yang kejap cepat kejap lambat. kikikiki.. Saya jogging macam biasa. Still lagi workout sebab obses nak kurus. masatu dah turun 14kg.

Kendian tu, dah masuk 2 bulan tak period. dup dap..dup dap tau..buatla pregnancy trest..samar2 je line ke-2 tu..stop jogging immediately. terus tukar kepada set hamil. Dengan harapan janin akan kuat. Yang paling penting adalah B Complex yang siap ade Acid folic.
Tapi, herankan orang melayu yang preggy ni. Bila tak tahu, takdela plak nak pening ke..nak muntah2 ke, nak mabuk2 ke. Dah tahu preggy, masa tula nak rasa semuanya...hahahaha..Preggy kali ni memang manja sangat..tak bley penat sikit..rupa2nya..Preggy anak GEGEL.

Terima KAsih Allah, MAKBULKAN doa kami. Sujud Syukur suami tak henti setelah doktor sahkan preggy anak gegel.hikhikhikhik..

EEEhhhhh..Jomla amalkan ESP ni sebagai permulaan kawan2 yang sedang berusaha untuk hamil. Jangan Risau, ESP Shaklee dihasilkan dari soya yang bermutu tinggi iaitu NON GMO SOY yang bermakna GENETIKNYA TIDAK DIUBAH SAMA SEKALI. Lagipun, ujian klinikal yang dilakukan oelh mereka bukannya menggunakan TIKUS ye. sebab mereka semua tahu, bukan TIKUS yang nak minum ESP ni. Tapi manusia..:)


Jom kita amalkan pemakanan yang sihat. Hanya yang terbaik buat diri kita. Hubungi saya untuk mendapatkan TIPS JIMAT BERBELANJA VITAMIN SHAKLEE yang EXCLUSIVE saya berikan kepada pelanggan saya sahaja. Anda boleh hubungi saya ditalian 013.232.2828 melalui aplikasi SMS/WASSAP/PM. Juga di FB saya https://www.facebook.com/apelmerah @ Intan Baizura Abdul Rahman. Anda usulkan pertanyaan, saya akan berikan anda jawapan.

Sabtu, 22 Ogos 2015

5 TIPS untuk wanita yang bekerjaya

Oh mama, mami, ibu, ummi, bonda yang hebat diluar sana. Bekerjaya bagi wanita memang asyik tetapi meletihkan dan memenatkan. Bagaimana nak mengatasi masalah inj?. Jom saya kongsikan cara saya.


1) Amalkan minum air kosong sebanyak 3 - 4 liter sehari.

   ~ Tujuannya adalah supaya kadar metabolisme kita menjadi tinggi dan akan menukarkan lemak kepada tenaga.
2) Pastikan tidur sehari 5-6 jam sahaja.
   ~ Tujuannya adalah untuk mengelakkan kita menjadi malas bila kita terlebih tidur.
3) Tidur sekejap semasa waktu rehat dipejabat.
   ~ Rasulullah juga menggalakkan kita tidur sekejap (15minit sahaja) supaya otak kita kembali cergas dan dapat menyambung kerja dipejabat dengan tenang dan efektif.
4) Makan sikit tetapi kerap.
   ~ Tujuannya supaya kita tidak berasa mengantuk selepas perut penuh di isi. Bagaimana nak kurangkan makan?. Pastikan minum air kosong dulu 15 - 20 minit sebelom kita nak keluar lunch.
5) Amalkanlah bersenam sekurang2nya 3 kali seminggu. 
   ~ Tujuannya supaya oksigen tidak berkurangan disalurkan ke otak. Perlu diingat ye, otak yang sihat tubuh badan juga sihat.


   Nah, itu adalah cara yang mudah. Kalau ade budget lebih sikit, bolehla amik vitamin tambahan untuk jangkamasa panjang pula. Macam saya, saya amalkan Vitamin OSTEMATRIX yang mana baik untuk tulang, gigi, rambut dan lain2. Ehhh..untuk yang menyusu baby pon sesuai sangat untuk tambahkan air susu. Tak percaya, cubalah. Sebotol boleh tahan 2-3 bulan (bergantung pada pengambilan & keperluan kita).



   " Ibu yang hebat adalah ibu yang dapat berikan perhatian yang baik untuk anak2nya"


   Jom kita amalkan pemakanan yang sihat. Hanya yang terbaik buat diri kita. Hubungi saya untuk mendapatkan TIPS JIMAT BERBELANJA VITAMIN SHAKLEE yang EXCLUSIVE saya berikan kepada pelanggan saya sahaja. Anda boleh hubungi saya ditalian 013.232.2828 melalui aplikasi SMS/WASSAP/PM. Juga di FB saya https://www.facebook.com/apelmerah @ Intan Baizura Abdul Rahman. Anda usulkan pertanyaan, saya akan berikan anda jawapan.

Khamis, 2 Julai 2015

Keputihan Semasa Hamil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera pada pembaca blog saya. Saya adalah SID yang berdaftar sah dengan shaklee bagi kawasan Rawang, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa.

     Hari ni, saya nak kupas lagi pengalaman saya semasa hamilkan Putery Aulya. Ye, semasa hamil KEPUTIHAN kerap berlaku. Sehinggalah pada satu tahap, kegatalan pada miss V. Saya suarakan kepada doktor. Dan doktor memberikan saya antibiotik yang perlu dimasukkan melalui faraj saya.
     Sebiji antibiotik hanya mampu bertahan seminggu sahaja. Selepas itu, keputihan datang kembali. Saya cuba juga teknik "MERAUNG". Dimana, memasukkan jari telunjuk ke dalam faraj dan keluarkan keputihan itu. Saya terfikir, sampai bila harus begini? Saya khuatir akan terjadi perkara tidak diingini pada kandungan saya.
     Maka dengan itu, saya mencuba SET KEPUTIHAN shaklee yang mana terdapat 2 vitamin utama. Alhamdulillah, saya berdoa & berusaha selebihnya dengan izin Allah. Masalah keputihan saya dapat saya kurangkan selepas saya amalkan set ini.
 



 
SET KEPUTIHAN
VITAMIN C & GARLIC COMPLEX

SET IBU HAMIL
ESP, OMEGA, VITAMIN C, B-COMPLEX, VITALEA & OSTEMATRIX
 
 
Sebenarnya, saya tambah saja 1 lagi vitamin iaitu GARLIC COMPLEX dalam SET LENGKAP KEHAMILAN saya untuk masalah ini. Seperti yang saya katakan, ini adalah ikhtiar saya. Saya bertukar 360° semasa tempoh kehamilan saya dari pengambilan ubat kepada SET LENGKAP KEHAMILAN.
     Kehamilan kali ini saya sungguh teruja kerana mendapat 100% segala vitamin & zat yang diperlukan tubuh saya & janin yang saya kandungkan. Malah, kehamilan kali ini saya tidak mengalami simpul biawak (kekejangan kaki) & kebas-kebas ditangan seperti hamilkan anak kedua akibat kekurangan kalsium.
Jom kita amalkan pemakanan yang sihat. Hanya yang terbaik buat diri kita. Hubungi saya untuk mendapatkan TIPS JIMAT BERBELANJA VITAMIN SHAKLEE yang EXCLUSIVE saya berikan kepada pelanggan saya sahaja. Anda boleh hubungi saya ditalian 013.232.2828 melalui aplikasi SMS/WASSAP/PM. Juga di FB saya https://www.facebook.com/apelmerah @ Intan Baizura Abdul Rahman. Anda usulkan pertanyaan, saya akan berikan anda jawapan.

Cara mengatasi MIGRAINE

Assalamualaikum.. Salam 16 Ramadhan pembaca budiman. Sedar tak sedar dah 16 hari kita menjalankan ibadah berpuasa. Apa kebaikan tambahan yang kita lakukan untuk diri sendiri & juga orang lain? Haruslah kita perbanyakkan amalan bagi meraih pahala bekalan kemudian hari.
Tahukah anda, pengambilan kerap PONSTAN & CAFFEGOT (ubat migraine) adalah tidak elok pada tubuh badan dan juga otak kita? Migraine ini kerap menyerang tidak tentu masa. Adakalanya sebelum atau selepas datang bulan (bagi wanita), cuaca panas, lewat makan berpunca masuk angina dan akan berlarutan sehingga angina naik ke kepala & kurang minum air. Ada juga yang disebabkan masalah penyakit lain iaitu SINUS @ RESDUNG juga punca kekerapan berlakunya sakit kepala.
Pembaca semua, percaya tak anda yang telah setahun lebih saya tidak ambil PONSTAN & CAFFEGOT. Bagaimana caranya? Saya adalah PENGAMAL TEGAR vitamin tambahan iaitu B-COMPLEX. Alhamdulillah, NIAT ambil B-COMPLEX adalah untuk atasi masalah migraine tak sangka pula, hamil selepas 4 bulan ambil secara konsisten. Bila tengok rancangan WANITA HARI INI, ada 1 episode tu kata pakar nutrisi yang dipanggil oleh mereka, kepada sesiapa wanita & lelaki yang ingin hamil dan mendapatkan zuriat, hendaklah mengambil vitamin Asid Folik secara konsisten. Saya belek balik botol B-COMPLEX saya rupa-rupanya di dalam tu terdapat juga Asid Folik. Syukur atas kurniaan.
Jika pembaca ingin tahu, B-COMPLEX ini juga bertindak sebagai ANTI STRESS. Jadi, jika anda selalu mengalami stress ketika ditempat kerja, surirumah yang sentiasa sibuk menguruskan hal rumahtangga, ibu yang menyusukan bayi, saya sarankan ambillah B-COMPLEX ini. Ianya terbukti berkesan kerana sayalah TESTIMONI bergerak anda.
Disamping itu, kebaikan lain yang akan anda dapat (kira bonuslah) adalah rambut anda yang mula memutih & sentiasa keguguran tu dapat juga dikurangkan perlahan-lahan sehingga masalah itu dapat diatasi.
Oklah, back to MIGRAINE tadi, SET yang saya ambil untuk penyakit yang saya hidapi sejak sekolah menengah lagi seperti berikut :-

SET MIGRAINE
OSTEMATRIX & B-COMPLEX
 
Kecil-kecil cili api. Tapi kesannya memang ohsem. Alhamdulillah, sekarang badan saya juga bebas dari sebarang dadah yang terdapat dalam setiap jenis ubat. Jika anda nak tahu, semasa saya melahirkan Putery baru-baru ini, sebelum masuk ke dalam labour room, saya ambil set ini. Syukur, saya lebih tenang dan tiada sebarang stress pun ketika sakit contruction datang. Nurse & doctor pula sering Tanya samada saya perlukan injection tahan sakit. hihihihi..Nanti saya kupaskan lagi pengalaman saya bersalin dengan SHAKLEE ni. Nak kongsi dengan pembaca dan cara yang betul untuk elakkan sakit ketika bersalin. Tapi, tipulah kata tak sakit, akan tetapi dapat dikurangkan.
Itulah cara saya dan saya kongsikan dengan anda. Saya pun nak cari PAHALA lebih dibulan Puasa ni. Tak salah jika saya kongsikan kebaikan ini untuk manfaat bersama. Jom kita amalkan pemakanan yang sihat. Hanya yang terbaik buat diri kita. Hubungi saya untuk mendapatkan TIPS JIMAT BERBELANJA VITAMIN SHAKLEE yang EXCLUSIVE saya berikan kepada pelanggan saya sahaja. Anda boleh hubungi saya ditalian 013.232.2828 melalui aplikasi SMS/WASSAP/PM. Juga di FB saya https://www.facebook.com/apelmerah @ Intan Baizura Abdul Rahman. Anda usulkan pertanyaan, saya akan berikan anda jawapan.

Selasa, 26 Mei 2015

Bila ROH menerima ROH..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.. Alhamdulillah dah 21 hari saya melewati hari2 Indah bersama dengan PUTERY.. Apa perasaan saya?? Tak tergambar keriangan saya bila PUTERY membesar sihat dan baik2 sahaja.
Sebenarnya nak cite sikit semasa awal2 mengandungkan PUTERY. Tipula kalau saya kata takde morning sickness. Mengandung 3 org anak..3 - 3 mabuk hebat.. 
Janganla mengeluh Ibu2.. suami2.. Nescaya indah akan Allah ganjarkan.
Untuk pengetahuan ibu2..ayah2..Apabila ROH ibu yang hamil sedang menerima ROH BAHARU (ROH JANIN) memang itulah yang akan ibu2 rasakan. Mabuk kepayang, muntah..tidak berselera makan.. Ada juga yang sampai kuar masuk hospital (sayala tu).. Bersabar dan bertabahla.
Saya nak kongsikan dengan anda, sepanjang tempoh saya mengalami morning sickness saya mengamalkan PAPPERMINT GINGER dari shaklee.


PEPPERMINT GINGER PLUS
Alhamdulillah, ianya selamat dan tidak memudaratkan kandungan. Selain daripada itu, melalui FB doktor Zubaidi boleh juga ibu2 amalkan membuat AIR HALIA.
Caranya adalah dengan mengambil 1-2 inci halia. Kemudian diketuk2 sedikit dan direndamkan seketika dengan air panas. Biarkan seketika. Minum air halia itu ketika masih suam2 airnya. Ada juga yang tak boleh nak minum ye. Yela..nama pun tengah mabuk kepayang. Jadi, jika nak mudah ambil saja 1 - 2 biji PAPPERMINT GINGER SHAKLEE. In Shaa Allah, perut yang kosong dan masuk angin akibat dari kita asyik muntah2 saja akan dapat diatasi dengan segera.
Eehhh.. Ini pengalaman saya sendiri tau bukan ceduk dari orang lain. 100% testimoni diri sendiri. Sebab tu saya boleh cerita dengan anda semua.
Jom kita amalkan pemakanan yang sihat. Hanya yang terbaik buat diri kita. Hubungi saya untuk mendapatkan TIPS JIMAT BERBELANJA VITAMIN SHAKLEE yang EXCLUSIVE saya berikan kepada pelanggan saya sahaja. Anda boleh hubungi saya ditalian 013.232.2828 melalui aplikasi SMS/WASSAP/PM. Juga di FB saya https://www.facebook.com/apelmerah @ Intan Baizura Abdul Rahman. Anda usulkan pertanyaan, saya akan berikan anda jawapan.
Jom sihat meskipun kita sedang mabuk kerana ada ROH ANAK KITA yang sedang diterima oleh ROH KITA.

Ahad, 19 April 2015

KEHAMILAN YANG MENGUJAKAN

Assalamualaikum.. Dah lama tak berceloteh.. bukan dah lupakan blog KESAYANGAN ini tapi sekadar memberikan ruang untuk diri bersurirehat.. Baca tajuk.. Ada yang teruja tak?? Hahahahaha.. Rahsia ni saya simpan kemas2 dalam diari kehidupan saya.
Sehinggalah pada waktu catatan ini ditulis, saya sebenarnya diatas katil di Hospital sambil melayan "kontraksi" baby yang ada di dalam Rahim saya. Allahuakhbar.. Tidak terlintas difikiran untuk menambah ZURIAT.. Tapi..inilah yang dikatakan REZEKI dari Allah..
Ini kerana saya OBSES untuk kurus kerana sebelum ini saya telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14kg. Rezeki Allah itu luas.. Jika tidak di bumi..mungkin di langit yang luas. Alhamdulillah, sepanjang tempoh kehamilan saya ditemani dgn VITAMIN - VITAMIN yang sememangnya banyak membantu.
Seperti sebelom ni, saya memang mengharapkan vitamin yang diberikan oleh pihak hospital, tapi dengan adanya SET LENGKAP KEHAMILAN dari shaklee, saya tidak lagi mengalami masalah kekurangan kalsium, kekejangan & kebas2 tangan seperti waktu kehamilan sebelum ini.

 
Eehhh...eehhh..tak nak cerita dulula pasal SET LENGKAP tu..saya cuma nak bagitau anda semua..yang saya telah BERJAYA HAMIL dengan hanya mengamalkan SET KURUS SHAKLEE.  Bagaimana caranya?? Sebenarnya, adakalanya, masalah KEGEMUKAN itu juga menjadi salah 1 punca ketidak stabilan hormon di dalam badan kita. Disamping, KEGEMUKAN yang menghalang kebebasan SPERMA menembusi ruangan persenyawaan dengan telur mahupun masalah dinding rahim terlalu LICIN dek kerana banyak lelemak yang menempek didinding rahim kita.

 
SET KURUS
CINCH SHAKE, OMEGA, LECITHIN, HERBLAX
 
Tidak semua orang mempunyai masalah yang sama, akan tetapi yang tersebut diatas adalah salah 1 punca juga. Kita merancang, Allah jua yang menentukan. Tapi, tidak salah jika kita berusahakan.
Bagi yang sudah lama berumahtangga dan mendambakan kehadiran CAHAYA MATA menguat kasih sayang suami isteri, mari saya kongsikan dengan anda semua. Bermulanya saya dengan SET KURUS kepada SET LENGKAP KEHAMILAN.
Saya akan kongsikan dalam entry seterusnya. Jika saya berjaya,masakan anda yang diluar sana yang berusaha keras tidak boleh berjaya?? TIPS EXCLUSIVE akan saya berikan seperti mana saya yang berjaya HAMIL.
Jom kita amalkan pemakanan yang sihat. Hanya yang terbaik buat diri kita. Hubungi saya untuk mendapatkan TIPS JIMAT BERBELANJA VITAMIN SHAKLEE yang EXCLUSIVE saya berikan kepada pelanggan saya sahaja. Anda boleh hubungi saya ditalian 013.232.2828 melalui aplikasi SMS/WASSAP/PM. Juga di FB saya https://www.facebook.com/apelmerah @ Intan Baizura Abdul Rahman. Anda usulkan pertanyaan, saya akan berikan anda jawapan. Semuanya dengan izin ALLAH.

Khamis, 26 Februari 2015

GEMUK YANG BERPENYAKIT DALAM DIAM

     Semua yang saya sayang. Tahukah anda KEGEMUKAN kita adalah petanda kita sebenarnya mengundang pelbagai jenis penyakit tanpa disedari. Ye, saya tahu ada diantara anda yang berkata2, "alah, gemuk pun suami tetap sayang..memalam cari juga aku untuk jadi teman tidur" itu pada hari ini, kita tahu tak pada kemudian hari.
     Ok, tak nak bebel pasal tu la. Terpulang pada individu itu sendiri. MEh nak cerita pasal saya plak. Ada 1 hari tu, ketika pergi salah sebuah pasaraya yang berdekatan dengan rumah, adalah 1 stall tu yang membuat dianogsis secara percuma. Ntah macam mane, kaki ni macam meluru je kat kaunter tu untuk buat analisis pasal diri ni.
     Setiba di kaunter, akak tu pun menyuruh saya pegang itu, buat ini, periksa sana, check sini. Dan keluarlah keputusannya. Terperanjat tau dengar kenyataan akak tu. Dia cakap, "adik ni muda lagi, usia awal 30-an, tetapi bacaan kolestrol macam orang tua, jantung tak stabil, ada selalu rasa mengah tak?? Aku jawab, memang ade pon. Lemak tepu bawah kulit ni banyak Dik, tak baik untuk kesihatan. Senang cite, adik ni muda, tapi penyakit dalam diam adalah penyakit orang tua".
     Tersentap aku wwweeeyyy. Nampak luaran macam sihat, dalaman rupanya aku ni tak sihat. Tak berpuas hati, seminggu lepas tu, aku buat fully medical check up. hahahaha... Kali ni, aku tergamam bila Doktor plak cakap, turunkan berat badan ye, Kolestrol tinggi, Lemak banyak!!. Balik pandu kete rasa macam nak jerit kuat2. Dalam fikiran, gemuk sangat ke aku?? Gemukla dah kalau berat 84kg tinggi 148cm jerk.
     Tak bley jadi ni, aku kene buat sesuatu. Bermulalah episod aku BERDIET. DIET la sangat. HANTU ramai plak di opis dan di rumah. Ajak makan Kepci la, Mcd la, Pizza la, memang susah tau nak kurus macamni. carilah Incik GOOGLE. Jumpalah 1 produk ni, dari herba. Aku pun belilah 1 set untuk 3 botol dengan harga RM170 termasuk pos. Seminggu makan, badan rasa lain macam plak. Rasa berdebar2, jantung berdegup kencang, emosi tak stabil. G check kat klinik, ha..hamik kau.. tekanan darah rendah sangat. Patutla ade nampak bintang2. Saya memang ada tekanan darah rendah, tapi tidak pula serendah itu.
     Doktor tanya, ada masalah ke?? Nampak macam lemah tak bermaya. Terus teranglah dengan doktor. Saya sedang dalam proses menurunkan berat badan, dalam erti kata lain BERDIET. Doktor kata, jika cara salah untuk berdiet, penyakit lain yang akan singgah. Kurus tak dapat collapse plak. hahahahaha.. Balik dari klinik, aku cari lagi Incik GOOGLE. Jumpa la plak pasal SHAKLEE ni. Dulu pernah tanya, tapi bila tengok harga, macam nak muntah tau. MAHAL BENO rasanya.


SET LENGKAP KURUS

      Rupa2nya, ada yang SET BUDGET. So, aku pun mulala dengan SET BUDGET ALFALFA & LECITHIN. Memang teruja sangat. Bila makan 2 VITAMIN ni, aku rasa nak minum jerk, membuang jangan cakaplah. Kengkadang sehari tu, 2 @ 3 kali. Bukan cirit birit ye, tapi itulah proses DETOX. Bila kita minum banyak air, kita memudahkan proses DETOX. Petang pula, rutin harian seperti biasala JOGGING. Sebelum jogging, telan dulu LECITHIN 3 biji, ppppeeerrrggghhh..peluh keluar macam orang menyangkul.


KHASIAT ALFALFA - TUMBUHAN TERBAIK

     Malam plak, aku cuma makan sup sayur @ sup ikan. Nasi memang tak makan pada waktu malam. Bila lapo, aku belasah plak buah epal hijau sebiji. Memang OBSES nak kurus. Alhamdulillah, usaha yang tanpa jemu memang membuahkan hasil. Janji kene betul cara dan masanya. Kita juga kene bersedia dari segi fizikal dan mental.


KELEBIHAN LECITHIN - SOY LECITHIN

     Sedar tak sedar setelah sebulan setengah, aku dapat turunkan berat badan kepada 70kg. Sedangkan sebelum tu, nak turun 2kg pun teramatlah susah. Syukur sangat, bila buat follow up check up, memang banyak yang berbeza dengan ketara. Malah, baju yang dedulu tak bley sarung, skang dah bley pakai balik.


SUP SAYUR - KURANGKAN MASIN

     Baju hijau yang pada gambar tu, dibuat pada tahun 2010 untuk hari raya, tapi tak bley pakai sebab gemuk. 2011 pula, saya menyusukan baby 6 bulan, susah nak selak2 sebab kurung moden. 2012 & 2013, aku simpan jerk kat dalam lemari baju tu sbb memang tak bley nak sarung langsung. Alhamdulillah, pada tahun 2014, Pada 1 syawal, aku dah bley pakai baju tu. Suka sangat2 tau. Baju mahal tu, sepasang RM200 hengget. Rugi tak dapat pakai..


BANDINGKANLAH SENDIRI

     Inilah hasil yang saya perolehi. Kurus dengan cara dan gaya yang sihat. Tak perlu dengan set lengkap, memadai dengan SET BUDGET dengan SYARAT anda benar2 pasang NIAT nak kurus macam saya.
     Hubungi saya untuk medapatkan TIPS JIMAT BERBELANJA VITAMIN SHAKLEE yang EXCLUSIVE saya berikan kepada pelanggan saya sahaja. Anda boleh hubungi saya ditalian 013.232.2828 melalui aplikasi SMS/WASSAP/PM. Juga di FB saya https://www.facebook.com/apelmerah @ Intan Baizura Abdul Rahman. Anda usulkan pertanyaan, saya berikan anda jawapan.