" BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. Ya Allah, Kau ampunilah dosa2 Ku, dosa2 Suami ku, dosa2 anak2 ku, dosa2 kedua ibubapa ku,
dosa2 kedua ibubapa mertua ku, adik beradik ku, ipar duai ku dan seluruh ahli
keluarga ku yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Juga dosa2 saudara
mara seislam ku..

Kau murahkanlah rezeki kami sekeluarga dan peliharalah kami dari azab api neraka Mu...aaammmiiinnn..."


Rabu, 31 Disember 2014

Selamat Datang Tahun 2015

Coretan ini adalah ketika awal tahun baru 2015
 
Jam baru sahaja menunjukkan 12:21 pagi 1/1/2015
 
Ya Allah, melangkah lagi ke tahun baru. Semoga tahun baru ini akan memberikan sinar harapan baru buat kami sekeluarga. Dan semoga Allah limpahkan rahmat kepada kami serta ditambahkan rezeki serta sentiasa berada dibawah RAHMAT yang MAHA ESA.
 
Selamat tahun baru saya ucapkan. Semoga bisnes saya bersama SHAKLEE juga terus berkembang maju dan berjaya. Berminat untuk sama2 berjaya bersama saya, bolehlah Wassap/PM saya ditalian yang tertera.
 
 
 
Semoga Allah merahmati kita semua..aammiiinnn..

Isnin, 29 Disember 2014

NASI TOMATO MEALSHAKE

Resepi Nasi Tomato MEALSHAKE

3 cawan beras Basmathi
5 cawan air
1 cawan MEALSHAKE (Sesudu kecil + air)
...

2 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
2 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang

1 biji bawang besar (sederhana)*
3 ulas bawang Putih*
1/2 inci halia*
1 biji tomato (saiz besar)*
* dikisar halus

1 sudu besar unsalted marjerin
1 sudu besar minyak masak
Garam
Daun pandan

Cara memasak

Panaskan minyak dan juga marjerin sehingga cair. Bila dah cair dan panas, masukkan rempah 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga & kayu manis). Biarkan sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan bahan2 kisar. Tumis sehingga wangi.

Setelah naik bau, masukkan beras Basmathi. Gaul rata dan masukkan air serta bancuhan MEALSHAKE perlahan-lahan. Kacau rata dan perasakan dengan garam sedikit. Masukkan juga daun pandan untuk aroma yang enak.

Kemudian, pindahkan periuk ke dalam pemanas periuk nasi elektrik. Biarkan sehingga nasi tanak dan masak.

Hidangkan ketika panas bersama dengan AYAM MASAK MERAH, COLESLAW, HIRISAN TIMUN dan juga TOMATO.

Selamat mencuba..
 
 

 

 

Rabu, 17 Disember 2014

PENAWAR KEPADA HB RENDAH KETIKA HAMIL

IBU HAMIL & HB RENDAH

   Fitrah kehidupan manusia, setiap yang hidup dan juga bernyawa akan berpasang - pasangan. Setiap pasangan inginkan kehidupan yang normal dan juga bahagia bersama pasangan dalam apa juga keadaan. Malah, dengan hubungan yang terjalin secara sah, setiap pasangan menginginkan cahaya mata dalam alam rumahtangga mereka. Anak itu pelengkap institusi kekeluargaan.
   Gembira bukan kepalang tatkala doktor mengesahkan akan kehadiran ahli baru dalam keluarga. Seperti ingin dilaungkan kepada semua yang anda akan menjadi seorang ibu dan ayah tidak lama lagi. Tapi, dalam keghairahan anda mendengar khabar berita, tercalarkah minda kita dengan sedikit musibah yang datang?
   Gembira boleh mengundang duka. Jangan biarkan ini berlaku. Masalah HB RENDAH SEMASA HAMIL adalah lumrah dalam tempoh waktu itu. Mungkin anda tidak terfikir yang masalah ini tidak merbahaya. Jika tidak merbahaya, kenapa doktor @ bidan akan menandakan buku lawatan kita ke klinik dgn tanda merah?
   Jangan diambil enteng perihal ini. Risiko HB RENDAH SEMASA HAMIL amat berbahaya. Antaranya adalah :-
1) Kelesuan
2) Kelahiran bayi pra - matang
3) Keguguran
4) Risiko kematian ibu dan bayi
 Semuanya ketentuan Allah, tapi mencegah lebih baik dari mengubati. Ada juga kandungan pertama kali tiada masalah, tapi kandungan seterusnya ada masalah ini. Obimin yang dibekalkan juga tidak mencukupi utk menampung keperluan ibu dan bayi di dalam kandungan akibat dari kekerapan hamil dan juga faktor usia. Malah, jarak kandungan sebelum dan berikutnya yang hampir juga boleh menyebabkan berlakunya masalah HB RENDAH ini.



   Jangan letakkan diri anda ditempat yg berisiko. Jom dapatkan makanan tambahan untuk mengatasi masalah yang anda tanggung itu. Sehari diambil sebiji sudah pun memadai. Saya bukannya seorang doktor, tapi vitamin tambahan ini adalah salah satu daripada ikhtiar kita demi untuk kesihatan. 
   Vitamin VITALEA ini selamat, semulajadi dan juga berkesan. Hubungi saya untuk maklumat lanjut. PM/WASSAP ~ 013.232.2828 ~ @ FB :- Intan Baizura Abdul Rahman. konsultasi percuma dan terbaik akan diberikan..Anda tanya, saya jawab..