" BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. Ya Allah, Kau ampunilah dosa2 Ku, dosa2 Suami ku, dosa2 anak2 ku, dosa2 kedua ibubapa ku,
dosa2 kedua ibubapa mertua ku, adik beradik ku, ipar duai ku dan seluruh ahli
keluarga ku yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Juga dosa2 saudara
mara seislam ku..

Kau murahkanlah rezeki kami sekeluarga dan peliharalah kami dari azab api neraka Mu...aaammmiiinnn..."


Isnin, 29 Disember 2014

NASI TOMATO MEALSHAKE

Resepi Nasi Tomato MEALSHAKE

3 cawan beras Basmathi
5 cawan air
1 cawan MEALSHAKE (Sesudu kecil + air)
...

2 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
2 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang

1 biji bawang besar (sederhana)*
3 ulas bawang Putih*
1/2 inci halia*
1 biji tomato (saiz besar)*
* dikisar halus

1 sudu besar unsalted marjerin
1 sudu besar minyak masak
Garam
Daun pandan

Cara memasak

Panaskan minyak dan juga marjerin sehingga cair. Bila dah cair dan panas, masukkan rempah 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga & kayu manis). Biarkan sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan bahan2 kisar. Tumis sehingga wangi.

Setelah naik bau, masukkan beras Basmathi. Gaul rata dan masukkan air serta bancuhan MEALSHAKE perlahan-lahan. Kacau rata dan perasakan dengan garam sedikit. Masukkan juga daun pandan untuk aroma yang enak.

Kemudian, pindahkan periuk ke dalam pemanas periuk nasi elektrik. Biarkan sehingga nasi tanak dan masak.

Hidangkan ketika panas bersama dengan AYAM MASAK MERAH, COLESLAW, HIRISAN TIMUN dan juga TOMATO.

Selamat mencuba..
 
 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan