" BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. Ya Allah, Kau ampunilah dosa2 Ku, dosa2 Suami ku, dosa2 anak2 ku, dosa2 kedua ibubapa ku,
dosa2 kedua ibubapa mertua ku, adik beradik ku, ipar duai ku dan seluruh ahli
keluarga ku yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Juga dosa2 saudara
mara seislam ku..

Kau murahkanlah rezeki kami sekeluarga dan peliharalah kami dari azab api neraka Mu...aaammmiiinnn..."


Jumaat, 23 Januari 2015

AYAM GORENG KRISPY ESP

Hari ini saya nak share resepi yang saya telah olah sendiri. Saya bukanlah seorang chef tapi saya suka buat apa saja mengikut kreativiti saya. Janji sedap dan anak2 suka. Yang lagi best bila suami pon suka.

AYAM GORENG KRISPY ESP

Bahan - bahannya

→ potongan ayam (saya guna bahagian dada sbb dirumah ni semua tak suka bahagian tigh)

BAHAN KISAR
→ 1 biji bawang besar
→ 4 - 5 ulas bawang putih
→ 1/2 inci halia
→ 1 batang serai
→ 1 biji tomato
→ Sedikit garam & gula
Kisar semua bahan2 diatas sehingga halus. Kemudian perapkan potongan ayam tadi diantar 1/2 - 1 jam.

BAHAN TEPUNG CRISPY
→ 1 cawan tepung gandum
→ 1/2 cawan tepung jagung
→ 2 sudu besar ESP SHAKLEE
→ Sedikit serbuk cili @ kari (jika mahu pedas)
→ Garam sesedap rasa.
Ambil ayam yang dah diperapkan tadi dan salutkan dengan tepung yang telah digaul rata dengan bahan2nya. Panaskan minyak, goreng dengan api yang perlahan dan biarkan sehingga masak kekuningan.

Sedap dimakan dengan Nasi Lemak Hijau (resepi akan dikongsikan nanti) mahupun Nasi goreng dan juga nasi putih.
Rasa enak tepung yang menyaluti ayam seperti tempura tau. Selamat mencuba.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan