" BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. Ya Allah, Kau ampunilah dosa2 Ku, dosa2 Suami ku, dosa2 anak2 ku, dosa2 kedua ibubapa ku,
dosa2 kedua ibubapa mertua ku, adik beradik ku, ipar duai ku dan seluruh ahli
keluarga ku yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Juga dosa2 saudara
mara seislam ku..

Kau murahkanlah rezeki kami sekeluarga dan peliharalah kami dari azab api neraka Mu...aaammmiiinnn..."


Khamis, 5 Februari 2015

NASI JAGUNG MEALSHAKE

     Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua...
     Hari ni saya nak sharekan resepi yang baru je saya cuba beberapa hari lepas. Seperti biasa, ada sedikit penderhakaan disitu. Derhaka untuk menggantikan sesuatu yang lebih baik itu dikira AFDAL ye kawan2. Tengahari ni, jika tak tiada idea nak masak apa, bolehla mencuba resepi ini ye..Jom kita ikuti bahan2nya di bawah :-
 
 
RESEPI NASI JAGUNG MEALSHAKE
 
Bahan2nya
 
3 Cawan Beras Basmathi
3 Ulas bawang putih
1 Biji bawang merah besar (sederhana besar)
1/2 Cawan jagung
4 Cawan air
2 Cawan bancuhan Mealshake*
Sedikit kunyit
Garam
Secukup rasa Maggie
2 Sudu besar Marjerin untuk menumis
 
* 2 Sudu MEALSHAKE dan 2 cawan air dibancuh.
( Jika tiada MEALSHAKE boleh digantikan dengan 2 cawan susu cair ).
 
Cara2nya
 
1. Cucikan beras Bashmathi sehingga bersih. kemudian rendamkan dengan air selamat 30minit.
2. Bawang putih dan bawang merah di cincang halus.
3. Setelah itu, panaskan periuk bersama dengan marjerin (tambahkan minyak sedikit utk mengelakkan marjerin tadi hangus, jika perlu).
4. Tumiskan bawang merah dan putih yang telah dicincang halus tadi sehingga naik bau dan berwarna sedikit keperangan.
5. Setelah itu, masukkan jagung dan biarkan seketika.
6. Kemudian, masukkan beras yang telah ditoskan. Gaul rata kesemua bahan yang ada di dalam periuk.
7. Setelah bahan di dalam periuk sudah mesra, masukkan air dan juga bancuhan MEALSHAKE kke dalam periuk. Kacau sehingga rata kesemuanya.
8. Setelah itu, masukkan serbuk kunyit, garam dan juga secukup rasa.
9. Biarkan seketika sebelum dipindahkan ke Rice cooker ( masak atas dapur dulu menggunakan periuk rice cooker untuk memudahkan proses pemindahan).
10) Hidangkan ketika panas bersama dengan Ayam masak merah ataupun Ikan siakap Sweet & Sour.
 
Selamat mencuba semua. Anak2 pasti suka kerana kehadiran jagung di dalam nasi mereka. Sesekali, membuat kelainan dalam menu harian, dapat merangsang mood anak2 untuk menjamu selera.
 
Selamat Menjamu selera...
 
 
NASI JAGUNG MEALSHAKE
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan